[Video] Dilabel Sebagai Penipu ‘Paid Review’, Instafamous Ini Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar

Kebelakangan ini, pendedahan kisah punca keputusan 7G dalam peperiksaan percubaan oleh instafamous Ieka Tajudin dan Iera Tajudin menerusi laman sosial YouTube sempat tular dan mendapat perhatian daripada kalangan warganet.

Bagaimanapun, baru-baru ini mereka dilihat telah memuat naik satu lagi rakaman terbaharu yang menceritakan punca sebenar dituduh menipu dalam melakukan Instagram (IG) paid review.

Kisah terjadinya peristiwa kembar ini didakwa melakukan penipuan bermula apabila nama mereka semakin dikenali dan melonjak naik dalam media sosial dan industri permodelan.

Tidak dinafikan, terkenal macam mana pun seseorang itu pasti akan ada segelintir yang membenci atau tidak menyukai. Terdapat beberapa daripada kalangan warganet sering mengecam dan melontarkan komen yang tidak enak dibaca.

Zaman kegemilangan mereka sebagai instafamous sewaktu itu bagaimanapun mengalami pasang surutnya sejurus berkenalan dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Danny.

Menerusi rakaman tersebut, mereka menjelaskan bahawa pemuda itu memperkenalkan diri untuk bersama-sama berkolaborasi agar cara pengurusan akaun Instagram mereka terjaga dengan baik.

Demi menjaga kelancaran urusan perniagaan tersebut, kembar ini terus bersetuju untuk berkolaborasi bersama-sama pemuda berkenaan. Pada awalnya, segala perkara yang melibatkan transaksi keluar masuk wang, promosi seperti rakaman video paid review dan pengendalian akaun Instagram berjalan dengan sangat baik dan teratur.

Namun, langit tidak selalunya cerah apabila pemuda berkenaan secara tiba-tiba menghilangkan dirinya. Malah, lebih menyedihkan apabila pemuda itu tidak memindahkan hasil kerja (wang) ke dalam akaun instafamous tersebut.

Sesalan mula menghimpit mereka kerana bertindak terlalu mempercayai rakan perniagaannya yang sekaligus merupakan pemegang akaun bank dan Instagram yang dijadikan sebagai platform perniagaan paid review pelanggan.

Tanpa disedari, nama kedua-dua instafamous ini semakin terkenal dan tular akibat difitnah oleh warganet yang mendakwa mereka telah menipu kesemua pelanggan-pelanggannya.

Sedangkan, perkara yang terjadi adalah sebaliknya. Ini kerana, pemuda berkenaan telah berurus niaga dengan pelanggan-pelanggan terbabit tanpa sepengetahuan mereka.

Nasi telah menjadi bubur, pastinya pahit setiap kali peristiwa itu dikenang oleh instafamous ini. Lebih memilukan apabila pelbagai hentaman, kecaman dan makian daripada warganet harus ditelan begitu sahaja.

Bagaimanapun, kejadian itu secara tidak langsung telah memberi iktibar kepada mereka berdua agar menjadi lebih kuat dan cekal khususnya setiap kali menghadapi tohmahan masyarakat. Semoga perniagaan kosmetik terbaharu yang ditubuhkan oleh Ieka Tajudin dan Iera Tajudin berjaya dan mampu membawa nama Malaysia sehingga ke persada dunia.

Artikel Lain Untuk Di Baca