[Video] Dikecam Teruk Kerana Merokok Pada Usia Kecil, ‘Kanak-Kanak’ Ini Rupanya Seorang Bapa

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak yang dirakam kamera merokok di tempat awam. Video yang dirakamkan itu berlaku sewaktu perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Fenerbahçe S.K dan Bursaspor yang berlangsung di Turki.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat sebanyak 8.4 juta views, 9.7 ribu ulang kicau dan 47 ribu tanda suka di laman sosial Twitter. Video yang dirakam semasa pertandingan bola sepak amal itu menerima pelbagai reaksi di media sosial. Rata-rata pengguna berasa terkejut dan marah apabila menyaksikan kejadian yang berlaku sebelum pemain bola sepak masuk ke padang. Kanak-kanak itu kelihatan sangat bersahaja sambil menikmati sebatang rokok. Malah, tiada sesiapa yang dilihat menegur kanak-kanak tersebut.

Apabila identiti kanak-kanak itu terbongkar, ia bukanlah seperti yang disangkakan. Lelaki berbaju jersi hijau pasukan Bursaspor itu sebenarnya merupakan seorang lelaki dewasa berumur 36 tahun. Malah, kanak-kanak lelaki yang gambarnya turut dirakam di sebelahnya ternyata adalah anak kepada lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, merokok di stadium adalah salah mengikut undang-undang Turki. Lelaki itu dikatakan boleh disabitkan kesalahan dan akan didenda RM50.

Artikel Lain Untuk Di Baca