Video: Dihalang Masuk Pasar, Lelaki Ini Pukul Dan Ludah Anggota RELA

Anggota RELA dipukul dan diludah

Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan selepas memukul dan meludah anggota RELA di Pasar Awam Looking Good, Sitiawan pada Sabtu, 16 Mei lepas.

Mengikut portal berita Utusan Malaysia, lelaki tersebut ditahan sekitar 8.50 malam Ahad selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Fang, 45, kejadian tersebut berlaku pada 6.40 pagi apabila lelaki itu ingin masuk ke pasar. 

“Tetapi mengikut SOP, pasar hanya boleh dibuka kepada awam pada pukul 7 pagi, jadi saya memintanya untuk tunggu sebentar,” ujarnya dalam sebuah temu ramah.

Suspek menghiraukan kata-katanya dan berdegil untuk terus masuk ke pasar namun dihalang Fang sehingga berlaku pergelutan di pintu masuk.

Lelaki itu berang lalu memukul mangsa sehingga jatuh, meludah dan juga menggunakan kata-kata kesat terhadap anggota RELA itu.

Sumber: WORLD OF BUZZ

“Cermin mata dan topi saya juga jatuh ke tanah semasa dipukul. Mujur orang disekeliling membantu untuk kutipnya kembali.

Ditemani oleh rakan setugas ke hospital semalam, saya juga membuat laporan polis agar lelaki itu bertanggungjawab atas tindakan melulunya.”

Sejurus kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata suspek didapati mempunyai dua rekod jenayah sebelum ini berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, kami juga ada melaporkan kejadian yang melibatkan anggota RELA dilanggar BMW di hadapan sekolah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca