[Video] Diculik Sekumpulan Lelaki Tidak Dikenali, Wanita Ini Jadi Mangsa Budaya Kahwin Tangkap

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter negara seberang yakni Indonesia mengenai satu rakaman video berdurasi 30 saat yang menunjukkan seorang wanita diculik oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi posting Rally Tsog, kejadian tersebut dikatakan berlaku di daerah Kabupaten Sumba Tengah, Indonesia dan ia merupakan budaya bagi masyarakat di sana.

Posting terbabit kini sudah ditonton lebih 453.3 ribu kali dan mendapat sebanyak 13 ribu ulang kicau dan 9.7 ribu tanda suka.

Menurut Rally Tsog, wanita itu diperlakukan sedemikian kerana mahu dikahwinkan dengan seseorang individu yang tidak dikenalinya. Budaya terbabit digelar kahwin tangkap.

Tambahnya, dia sama sekali tidak berniat untuk memburuk-burukkan tradisi masyarakat di daerah itu, namun dia mahu orang ramai menumpukan perhatian terhadap perlakuan yang diambil terhadap wanita itu.

“Bayangkan, si gadis tidak tahu-menahu akan perkara itu dan tiba-tiba sahaja dia diculik. Dia dibawa pergi oleh orang lain seperti kambing. Perlakuan ini tidak dianggap sebagai satu masalah kerana ia dianggap sebahagian daripada budaya,” ujar Rally Tsog menerusi laman Twitternya.

Difahamkan, budaya terbabit bukan sahaja diamalkan di negara itu, malah, ia turut berlaku di beberapa kawasan di dunia seperti di Chechnya, Rusia dan Kyrgyzstan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca