[Video] Dakwa Alat Sulit Tidak Asli, Lucinta Luna Tersasul Sewaktu Sibuk ‘Make Up’

Lucinta Luna merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan di Indonesia. Malahan, dia juga turut dikenali ramai masyarakat dari Malaysia.

Kolaborasi bersama Dato’ Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat secara tidak langsung membuatkan Lucinta Luna semakin dikenali ramai.

Baru-baru ini, penyanyi negara seberang itu telah dijemput oleh isteri kepada pelakon terkenal di Indonesia iaitu Ussy Sulistiwaty untuk sesi rakaman video bagi rancangan dalam YouTubenya.

Video berkenaan menerima lebih satu juta tontonan kerana gelagat dan telatah mereka berdua dalam melakukan make up challenge berjaya membuatkan warganet terhibur.

Sementara itu, Ussy Sulistiwaty yang juga merupakan host bagi rancangan YouTubenya bertanya soalan-soalan cepu emas kepada penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, setelah ditanya dengan pelbagai soalan, Lucinta Luna kelihatan agak sedikit ‘kalut’ tatkala tersasul menjawab soalan berikutnya.

Sewaktu disoal Ussy mengenai apa yang tidak asli daripada tubuh badan Lucinta Luna, penyanyi itu segera menjawab “Alat sulit… eh bukan! Kelingking, aduh tersasul.”

Sebagai makluman anda, Lucinta Luna pernah mengakui bahawa dirinya sudah melakukan hampir 18 hingga 20 kali pembedahan plastik ke atas tubuh badannya kerana sering berasa ada sahaja yang tidak kena dan masih kurang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca