Sekurang-kurangnya dua warga Afghanistan dipercayai telah terjatuh dari kapal terbang Amerika Syarikat yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dan mereka dilaporkan maut.
Berdasarkan rakaman video dan gambar yang tular dalam media sosial, dua penumpang berkenaan didakwa telah ‘terkeluar dan terjatuh’ daripada pesawat dalam dua kejadian yang berbeza.
Three Kabul residents who were trying to leave the country by hiding next to the tire or wing of an American plane, fell on the rooftop of local people. They lost their lives due to the terrible conditions in Kabul. pic.twitter.com/Cj7xXE4vbx
— Tariq Majidi (@TariqMajidi) August 16, 2021
Meskipun demikian, media tempatan tidak dapat mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku dan sekiranya dua kejadian itu saling berkaitan.
Manakala agensi berita di Kabul sebelum ini melaporkan bahawa terdapat tiga warga Afghanistan dipercayai berpaut pada bahagian roda pesawat semasa kapal terbang tersebut berlepas sebelum pegangan mereka terlepas lalu terjatuh di kawasan perumahan.
Beberapa orang saksi turut memberitahu bahawa mereka terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menyedari ada mayat yang terjatuh atas bumbung rumah mereka.
Terdahulu, hampir ratusan warga Afghanistan yang mengejar dan cuba untuk memanjat pada badan pesawat tentera Amerika Syarikat yang bakal berlepas di landasan.
Kejadian tersebut berlaku susulan daripada situasi di Kabul, ibu kota Afghanistan, setelah negara tersebut direbut oleh Taliban pada minggu lalu.
Dalam pada itu, helikopter Apache digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang disifatkan sebagai ‘terlalu terdesak’ untuk melarikan diri dari negara berkenaan.
Kekecohan yang berlaku juga menjadi punca kepada operasi penerbangan dihentikan buat sementara waktu bagi meredakan keadaan di lapangan terbang Kabul.
Para tentera Amerika Syarikat memaklumkan bahawa operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali reda dan tidak berbahaya lagi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: