Search
Close this search box.

Video: Chef Bengang Lalu Melempar Pinggan Peserta Masterchef

video-chef-bengang-lalu-melempar-pinggan-peserta-masterchef_2

Gordon Ramsey 2, gelaran yang paling tepat bagi menggambarkan personaliti salah seorang juri Masterchef Indonesia bagi siaran musim ke-8 baru-baru ini.

Episod terbaru yang ditayangkan pada Sabtu lalu memaparkan adegan mendebarkan daripada Chef Juna, memang dikenali dengan sikap tegas membuatkan klip rancangan memasak itu viral di serata media sosial.

video-chef-bengang-lalu-melempar-pinggan-peserta-masterchef
Sumber: Banjarmasin Post

Menerusi klip berkenaan, Seto, seorang peserta lelaki dipanggil bagi menghidangkan masakannya di pinggan berwarna biru gelap.

Sumber: Tiktok (@foodiesz2)

Malangnya, cara plating yang dikenakan membuatkan mata juri seakan-akan kurang senang kerana kelihatan banyak ruangan kosong. Ketika makanan berkenaan tiba-tiba dipindahkan oleh Chef Arnold menyebabkan dia terpinga-pinga.

Setelah makanan berkenaan dipindahkan, Chef Arnold menuangkan air di permukaan pinggan berwarna biru gelap itu. Kemudian dia membuang air di pinggan tadi ke dalam tong sampah.

Belum sempat Chef Arnold mengelap piring tersebut, Chef Juna datang dari belakang lalu melempar pinggan biru tadi sehingga pecah ke lantai.

“8 musim saya di sini, baru sekali saya lempar piring”, kata Chef Juna.

Situasi berkenaan membuatkan satu galeri Masterchef tergamam sebelum Seto meminta maaf dengan kesilapan yang dilakukannya. Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh Seto disifatkan mengarut sekaligus dibandingkan dengan makanan di tepi jalan.

Tindakan Seto menyajikan piring yang terang-terangan kotor dipenuhi kesan cap jari terus mendapat teguran tegas daripada semua juri, walaupun rasa masakannya dikatakan sedap.

Lelaki berkenaan sempat mengutip satu serpihan pinggan untuk disimpan sebagai peringantan sebelum dia kembali ke meja masakan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca