Betul ke orang cakap hobi monyet adalah mencuri? Kalau pergi tempat yang ada monyet, mesti semua orang akan pegang beg dan barangan masing-masing dengan erat sekali. Malah, haiwan ini juga dipercayai dilatih oleh mereka yang berniat jahat untuk mencuri.

Satu rakaman CCTV telah membuktikan bahawa ‘tuduhan’ terhadap haiwan itu ternyata benar. Insiden ini berlaku pada tahun 2016 di sebuah kedai emas di India.

Menerusi rakaman tersebut, seekor monyet dilihat menyelinap masuk ke dalam kedai itu seakan-akan pencuri betul dan membawa lari sejumlah wang tunai. Perbuatannya itu persis pencuri, cuma rupanya saja yang lain. Badan dipenuhi bulu dan ada ekor!

Video itu menunjukkan seorang pekerja di kedai berkenaan cuba sedaya upaya untuk menghalau ‘pencuri’ tersebut dan mendapatkan wang yang dicuri. Lelaki berkenaan dilihat cuba melakukan sistem barter dengan menawarkan makanan kegemaran haiwan itu iaitu pisang.

Namun begitu, cubaan itu ternyata gagal. Mungkin monyet zaman sekarang mempunyai akal lebih dan tahu bahawa duit itu boleh membeli lagi banyak pisang. Akhirnya, ‘suspek’ berjaya melarikan kira-kira $144 (RM598).

Paling tak tahan, haiwan itu siap pandai buka laci! Siapa agaknya yang ajar monyet itu?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

YouTube