[Video] Budak Tercampak Ke Lorong Kanan Lebuh Raya, Polis Buru Pemandu Didakwa Berlumba Atas Jalan

Sebuah rakaman video berdurasi 59 saat membabitkan satu kemalangan jalan raya berjaya dirakam lensa kamera pengguna jalan raya kini tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, pemandu dua kenderaan yakni Perodua Myvi dan Honda Jazz kelihatan seperti berlumba dan menukar haluan sesuka hati sebelum sebuah kemalangan tercetus sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta.

Menurut laporan, kemalangan terbabit berlaku di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang arah utara dekat Seremban pada 3.21 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Superitendan Ibrahim Abd Kadir berkata sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai dipandu dalam keadaan merbahaya dengan sebuah Honda Jazz berwarna biru di lorong kanan.

“Kenderaan berkenaan mengubah haluan dan menghimpit Honda Civic yang dipandu bapa mangsa di lorong kanan,” ujarnya.

“Susulan daripada pelanggaran itu, kereta yang dipandu bapa mangsa hilang kawalan lalu terlanggar besi penghadang tengah lebuh raya sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Myvi yang berada di lorong tengah.”

Akibat daripada kemalangan itu juga, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di dalam kereta Honda Civic telah tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.

Menurut Superitendan Ibrahim Abd Kadir, mangsa yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HJT), Seremban untuk mendapatkan lawatan lanjut.

Pihak berkuasa juga sudah mengenal pasti dua kenderaan yang dipandu secara merbahaya dan tindakan akan diambil mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Rakaman lanjut kemalangan itu turut memaparkan pengguna jalan raya lain segera memperlahankan kenderaan sebelum seorang pemandu lori segera mendapatkan kanak-kanak yang berada di atas jalan raya itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kemalangan jalan raya, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca