Sebut sahaja nama Sajat, pasti semua orang kenal. Populariti Sajat boleh dikatakan sama taraf dengan selebriti terkenal tanah air. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan Sajat jauh lebih terkenal daripada sesetengah selebriti.
Semua perkara yang Sajat lakukan selalu menjadi perhatian warganet. Jika sebelum ini kecoh berkenaan isu jantina Sajat, kini penyanyi lagu Bobo Di Mana ini tampil membuat cover tarian lagu K-Pop. Bukan biasa-biasa!
Perkongsian video tarian lagu Solo nyanyian Jennie BlackPink berjaya mencuri perhatian warganet sehingga nama Sajat menjadi trending di laman Twitter. Turut mendapat tempias populariti Sajat adalah carian ‘Jennie’ dan juga ‘BlackPink’ di mana kedua-keduanya turut trending di laman sosial berkenaan.
Lagu Solo memang cukup terkenal terutamanya dalam kalangan peminat K-Pop. Menerusi video yang dikongsikan Sajat di laman Instagramnya, dia dilihat menari bersama dengan beberapa orang penari profesional mengikut rentak lagu tersebut.
Tinjauan kami di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata warganet melemparkan pujian terhadap Sajat memandangkan gerak-geri tariannya persis Jennie. Ada yang berpendapat Sajat layak untuk mengganti tempat Jennie. Pada masa yang sama, ramai memuji bentuk badan Sajat yang persis Kim Kardashian itu.
Namun begitu, tidak kurang juga ada yang mengecam Sajat dengan mengaitkan isu jantinanya. Malah, ada yang memanggil Sajat dengan panggilan ‘Oppa’ di ruangan komen di mana ia merupakan perkataan daripada bahasa Korea yang bermaksud abang.
View this post on InstagramA post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on
Apa komen anda setelah menonton video di atas? Bolehkah Sajat mengganti tempat Jennie?