[Video] Berkali-Kali Cium Gambar Bapa, Telatah Anak Allahyarham Abam Bocey Buat Warganet Sebak

Sebuah rakaman video yang memaparkan anak kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, sembilan bulan, berkali-kali mencium gambar bapanya di skrin telefon telah mengundang rasa sebak warganet.

Rakaman pendek berdurasi 40 saat yang dimuat naik salah seorang anggota kumpulan pelawak Bocey yakni Fad dan isterinya, Syaheera di laman Instagram masing-masing meruntun hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Sehingga kini, rakaman berkenaan sudah ditonton lebih 600,000 kali dan mendapat 123, 812 tanda suka.

Kebanyakan warganet yang membanjiri laman sosial Fad berkata mereka sangat sedih dan tersentuh hati melihat telatah bayi kecil seperti Hamzah yang seolah-olah sudah mengerti apa itu maknanya rindu.

Difahamkan, rakaman yang tular itu dirakam oleh salah seorang anggota kumpulan pelawak itu saat dia dan keluarganya pergi menziarahi Hamzah dan ibunya, Nor Hidayah Mohd Ali di Sabak Bernam, Selangor, baru-baru ini.

Meskipun harus memandu jauh sehingga ke Sabak Bernam, menurut Fad, dia tidak kisah dan berlapang dada saat menatap wajah Hamzah.

“Walaupun kami tiba jam 12 malam di sana, tapi seronoknya dapat tengok Hamzah. Kata ibunya, Hamzah tak nak tidur sebab nak tunggu kami sampai. Dulu, ayah (arwah Abam) saja yang selalu balik kampung seorang.”

“Sekarang ada daddy, mommy, ayah Achey dan mama pula akan selalu balik kampung tengok Hamzah. Sampai jam 4 pagi dapat layan dia,” katanya.

Jelas Fad lagi, dia juga akan mula memanggil Hamzah dengan nama Abam.

Fad berkata, hatinya pilu ketika melihat betapa Hamzah rindukan Allahyarham bapanya.

Sementara itu, menurut Achey pula, dia dan Fad memang merancang untuk melawat Hamzah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Ia bergantung pada kelapangan kami dan untuk lebih mudah saya dan Fad selalunya akan bergilir-gilir ke Sabak Bernam untuk menziarah Hamzah dan ibunya. Sekurang-kurangnya, dia (Hamzah) boleh kenal kami berdua. Kami akan sentiasa pastikan kasih sayang dan kebajikan Hamzah terbela,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Gombak, Selangor pada tanggal 10 Februari lalu akibat demam panas.

Pihak Lejen Press Digital mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Allahyarham Abam Bocey, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca