[Video] Berang Ibu Dilanggar Sampai Tercampak, Kanak-Kanak Ini Sepak Kereta Sebelum Maki Pemandu

Meskipun masih di usia kecil, seorang kanak-kanak lelaki bertindak berani apabila dia dirakam lensa kamera litar tertutup (CCTV) sedang menyepak bampar kereta dan memaki pemandunya selepas lelaki itu melanggar ibunya.

Insiden terbabit dilaporkan berlaku di China ketika ibu berkenaan yang memakai kot berwarna biru dan anak lelakinya sedang melintas bersama sambil berpegangan tangan.

Tidak semena-mena, sebuah kenderaan Nissan SUV berwarna putih terus melanggar kedua-dua pejalan kaki tersebut sehingga menyebabkan wanita dan anaknya tercampak ke hadapan.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki terbabit bingkas bangun dan terus memeriksa keadaan ibunya. Selepas memastikan wanita itu tidak apa-apa, anak kecil itu terus mengamuk dan memarahi pemandu kenderaan yang sudah melanggar mereka berdua.

Perlakuan kanak-kanak yang membela ibunya itu berjaya dirakam CCTV berhampiran sebelum ia tersebar dan menjadi bualan ramai

Menerusi rakaman terbabit, kanak-kanak lelaki tersebut dilihat tidak langsung gentar apabila dia dengan selamba menendang bampar kenderaan Nissan tersebut. Dia kemudiannya dirakam bergerak ke arah tempat duduk pemandu sambil memaki hamun lelaki yang telah melanggar dia dan ibunya sehingga tercampak.

Namun begitu, usai melepaskan kemarahan, kanak-kanak terbabit segera berlari semula ke sisi ibunya dan memeriksa keadaan wanita itu.

Menurut laporan polis, pemandu Nissan SUV bertanggungjawab terhadap kesalahannya dan menghantar dua beranak terbabit ke hospital untuk pemeriksaan. Difahamkan, ibu dan anaknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman CCTV yang kini tular sudah ditonton lebih 2.5 juta kali dan mendapat 66 ribu perkongsian. Rata-rata warganet yang sudah melihat video terbabit memuji tindakan kanak-kanak yang diibaratkan seperti wira yang melindugi ibunya.

Artikel Lain Untuk Di Baca