[Video] Bangun Lewat Walaupun Jam Sudah Dikunci, Kucing Ini Tutup Jam Penggera Tuannya Setiap Pagi

Pernahkah anda menghadapi kesukaran untuk bangun daripada tidur walaupun jam penggera telah dipasang di telefon bimbit pada setiap hari?

Jawapan yang anda cari itu mungkin terletak pada haiwan peliharaan anda! Seekor kucing yang diberi nama Joaquim telah bertindak untuk mematikan jam penggera tuannya sehingga lelaki itu sering terlewat untuk ke tempat kerja setiap hari.

Video berdurasi satu minit dan 11 saat itu mempunyai jawapan untuk segala kemusykilan yang membelenggu minda tuannya yang kerap bangun lewat.

Joaquim menerusi rakaman video tersebut didapati berlari ke arah telefon bimbit itu yang sedang berbunyi dan bergetar di atas sebuah meja.

Tidak berhenti di situ, Joaquim dilihat menekan skrin telefon itu berulang kali untuk mematikan jam penggera tersebut.

Selepas ia selesai mematikan jam penggera berkenaan, Joaquim kemudiannya melompat ke arah katil di mana tuannya sedang nyenyak tidur.

Rupa-rupanya, kucing itu tidak mahu mengejutkannya daripada tidur lalu bertindak untuk mematikan jam penggera tersebut!

Sekiranya anda kerap mengalami kesukaran untuk bangun daripada tidur pada setiap pagi, jawapannya mungkin terletak pada haiwan peliharaan anda.

Namun, berbeza pula sekiranya anda tidak mempunyai haiwan peliharaan kerana jawapannya terletak pada diri sendiri. Dalam pada itu, anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca