[Video] Bandar Sunyi Kerana ‘Lockdown’, Ribuan Biri-Biri Ini ‘Berkonvoi’ Di Jalan Raya

Ketika keadaan sunyi ekoran perintah berkurung (lockdown) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kelihatan ribuan biri-biri memenuhi sebuah jalan raya di Turki.

Video yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan segerombolan haiwan berkenaan ‘berkonvoi’ memasuki bandar Samsun, bandar yang terletak di sempadan utara negara tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ragip Soylu yang juga seorang wartawan, biru-biru itu juga kelihatan berehat di kawasan yang berumput di tepi jalan.

Video tersebut telah meraih 13,500 retweet dan lebih 42,000 tanda suka. Rata-raya warganet terhibur melihat peristiwa tersebut.

Angka kematian disebabkan COVID-19 di Turki meningkat 61 orang lagi pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah rasmi angka kematian di negara tersebut bertambah kepada 3,397 orang.

Turki mencatatkan jumlah tertinggi kes positif COVID-19 di luar Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Rusia.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca