[Video] Bahana Mengintai, Wajah Lelaki Ini Berjaya Dirakam Lensa Kamera Semasa Lakukan Aktiviti Tidak Senonoh

Tindakan seorang lelaki yang mengintai wanita melalui ruang di bawah pintu membawa padah apabila perlakuannya itu berjaya dirakam lensa kamera seorang mangsa di dalam tandas.

Wanita warga Thailand berkenaan berkongsikan kisah dan rakaman video terbabit ke akaun Facebook miliknya dan turut memberi amaran kepada kaum perempuan lain supaya berhati-hati semasa menggunakan tandas awam.

Menurut wanita terbabit, ketika insiden, dia sedang berada di sebuah stesen minyak di mana dia menyedari jarak di antara bawah pintu dan lantai tandas awam di situ agak besar.

Demi menguji jarak terbabit, mangsa dilaporkan terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan menggunakan aplikasi kamera untuk merakam apa yang boleh dilihat sekiranya seseorang berada pada sudut itu.

Namun begitu, sebaik sahaja wanita berkenaan mula merakam, seorang lelaki tidak dikenali berjalan masuk ke dalam tandas sebelum melutut di hadapan kubikel tandas dan mengintai melalui ruangan antara bawah pintu dan lantai.

Lensa kamera mangsa berjaya merakam wajah tertuduh sebelum suspek dilihat segera bangun dan melarikan diri.

Menurut wanita itu, dia terpaksa menelefon seorang rakan lelaki untuk datang ke stesen minyak berkenaan dan menjemputnya. Tambah mangsa dia menjadi terlalu takut dan beranggapan tertuduh sedang menunggunya di luar tandas.

“Saya terlalu takut sehingga menggeletar. Stesen minyak terbabit terletak di sebuah kawasan sunyi. Saya tidak keluar dari kubikel tandas kerana risau lelaki itu menunggu saya di luar kerana saya sudah berjaya merakam wajahnya,” ujar wanita itu.

“Saya terpaksa menelefon seorang kenalan lelaki untuk menjemput saya. Saya fikir, jika saya keluar bersendirian, si penjahat mungkin akan rogol dan bunuh saya,” katanya lagi.

Difahamkan, semasa kejadian, terdapat seorang pekerja sedang membersihkan kawasan hadapan tandas. Namun begitu, tidak dapat dipastikan bagaimana tertuduh boleh memasuki tandas terbabit tanpa disoal.

Pihak polis kini sudah dimaklumkan mengenai insiden dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti suspek.

Rakaman video yang dikongsikan mangsa ke laman sosial Facebook kini sudah mendapat sebanyak 362 ribu tontonan dan lima ribu perkongsian.

Penulis ingin berpesan kepada para pembaca supaya sentiasa berhati-hati walau di mana jua kerana penjenayah tidak mengira waktu dan tempat untuk melakukan jenayah mereka. Sekiranya anda diancam, segera laporan hal berkenaan kepada pihak polis.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca