[Video] Anjing Peliharaan Kunci Kereta Dari Dalam, Lelaki Ini Minta Tolong Sambil Diperhatikan Sekawan Lembu

Mungkin sesetengah orang pernah mengalami kejadian di mana mereka terkunci kereta dari dalam. Seringkali perkara ini berlaku akibat kecuaian. Namun, bagaimana pula jika ia bukanlah akibat perlakuan sendiri tetapi dilakukan haiwan peliharaan?

Itu adalah apa yang dilalui oleh Tadhg Fleming. Ketika kejadian, lelaki kelahiran Ireland itu sedang memandu bersama anjing peliharaannya, Otis. Tadhg telah bertindak keluar daripada kereta untuk menutup beberapa pagar di sebuah ladang lembu. Pada waktu itulah Otis yang ditinggalkan di dalam kereta bersama enjin yang masih hidup telah terpijak punat ‘kunci kereta’ yang terletak berhampiran brek tangan.

Semasa Tahg sedang memanggil Otis untuk kembali memijak punat terbabit, lelaki itu menyedari bahawa segala insiden terbabit sedang disaksikan oleh beberapa ekor lembu yang berada di ladang berkenaan.

Insiden berkenaan yang berjaya dirakam oleh Tahg telah dikongsikan ke laman sosial Facebook dan menjadi tular tidak lama kemudian.

Rakaman terbabit telah berjaya meraih 7.3 ribu tanda suka, 2.1 ribu komen dan 2.3 ribu perkongsian. Rata-rata komen yang diberikan oleh warganet telah memuji Otis dengan berkata anjing itu adalah haiwan yang bijak. Tidak kurang juga ada yang berkata anjing berbaka Dachshund seperti Otis memang suka membuat masalah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca