Video Animasi Sebagai Konten Promosi Di Media Sosial, Kaedah Pemasaran Produk Terbaik Untuk Bisnes

Jualan produk tidak mencapai target dan ketandusan idea memikirkan cara mempromosikan bisnes di media sosial? Ini adalah petanda untuk anda mengaplikasikan konten video animasi untuk menjamin nilai pemasaran yang tinggi.

Sejak berlakunya lonjakan ekonomi digital secara menyeluruh di Malaysia pada tahun 2021, rata-rata pemilik bisnes menerima saingan dan kekangan hebat dari pelbagai segi. Kebanyakan bisnes mula beroperasi menggunakan media sosial, namun apakah kaedah terbaik bagi menjamin kejayaan pemasaran servis atau produk bisnes anda?

Video adalah struktur penting bagi platform media sosial utama. Di Instagram dan Facebook, khususnya, kenaikan ‘engagement’ boleh dijamin dengan penghasilan konten video yang sesuai.

Adam Mosseri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Instagram pernah kongsikan bahawa video mendorong pertumbuhan secara dalam talian untuk semua platform utama. Pendekatan di Instagram yang melancarkan feature Instagram Reels adalah ‘trend’ pemasaran terkini yang anda perlu terokai.

Tidak kira apa jua produk atau servis sekalipun, pengguna akan mengharapkan bisnes anda untuk memberikan kandungan yang menarik dan berguna. Jadi, video adalah salah satu konten yang paling berkesan untuk melaksanakannya.

Brands to leverage Instagram Reels on Facebook accounts
Sumber: mint

Pendedahan secara meluas membawa ‘engagement’ yang tinggi

Konten berbentuk video biasanya menunjukkan potensi yang lebih baik mengikut algoritma di media sosial. Visual dan input yang bagus dan menepati kriteria umum juga memainkan peranan besar.

Berbanding video iklan biasa, video animasi lebih menjurus buat tontonan semua usia dan menarik perhatian ramai. Tambah lagi dengan pengkongsian di hujung jari, tidak mustahillah untuk video anda mendapat capaian daripada lebih 10 ribu pengguna lain.

Video juga merupakan cara yang lebih mudah untuk pengguna berinteraksi dengan produk dan jenama bisnes anda.

Video animasi boleh dihasilkan dengan cara yang lebih personal dan relatable untuk komuniti bisnes anda. Kaedah ini lebih meyakinkan berbanding hantaran gambar atau poster statik di paparan media sosial.

Video membolehkan jenama bisnes mempamerkan produk atau servis secara dinamik. Ia juga adalah sebab mengapa video merupakan alat jualan yang berkesan.

Selain meningkatkan ‘brand awareness’ bagi sesebuah bisnes, sasaran jualan turut mampu dicapai dengan penghasilan video iklan animasi ini.

Pada tahun 2018, seramai 93% pemasar produk berjaya peroleh jualan daripada video di media sosial, membuktikan keberkesanannya di platform video utama seperti Instagram, Facebook dan YouTube.

Jadi, sekiranya anda belum membuat konten video untuk jenama bisnes anda, sekarang adalah waktu terbaik untuk memulakannya.

Lejen Digital menawarkan servis penghasilan video animasi (doodle) untuk bantu pemilik bisnes mengetengahkan produk dan servis secara kreatif dan berkesan di media sosial.

Tanpa mengeluarkan modal yang besar atau membayar kos pengiklanan yang tinggi, akaun media sosial bisnes anda boleh menarik lebih ramai pelanggan, sekali gus berpotensi meningkatkan jualan produk atau servis anda.

Testimoni Video Animasi Doodle Lejen Digital

Jika anda berkeinginan untuk mengembangkan bisnes ke tahap yang tinggi setanding dengan jenama bisnes tempatan yang lain, usah ragu-ragu untuk cuba teknik atau kaedah baru dalam pemasaran.

Produk atau servis anda berpeluang meraih pengiktirafan dan kepercayaan ramai dengan adanya penghasilan video iklan yang memberi nafas baharu buat media sosial bisnes anda.

Perkongsian dan maklum balas daripada pelanggan servis video animasi Lejen Digital

Anda juga berpotensi besar untuk menerima respons dan hasil yang positif melalui penghasilan video animasi ini. Lejen Digital sedia membantu meningkatkan engagement di media sosial bisnes anda, lantas memberi pulangan conversion rate yang tinggi.

Apa tunggu lagi? Hubungi Lejen Digital untuk pertanyaan lanjut atau tempahan slot di maklumat di bawah:

Nombor telefon: 018-261 9410

Alamat e-mel: [email protected]

Bagi ketahui servis pemasaran lain yang turut ditawarkan oleh Lejen Digital, anda boleh klik pada pautan INI.

Anda boleh juga ikuti media sosial Lejen Digital yang tertera untuk sebarang info dan kandungan berkaitan.

Facebook: https://www.facebook.com/lejenpress/

Instagram: https://www.instagram.com/lejenpress/

Twitter: https://twitter.com/lejenpress?lang=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/LejenTV

Website: https://lejen.digital/

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca