[Video] Akan Menyala Jika Ada Pasangan Putus Di Media Sosial, YouTuber Ini Cipta Mentol Khas Buat Golongan ‘Single’

Seorang pencipta dan YouTuber warga Jepun tular di media sosial selepas hasil ciptaan yang direka khas buat golongan single dikongsikan kepada umum.

Marina Fujiwara telah menghasilkan satu mentol yang hanya akan menyala apabila terdapat mana-mana pasangan kekasih yang memutuskan hubungan mereka di media sosial.

Mungkin bagi sesetengah orang, ciptaan Marina ini mempunyai unsur hasad dengki, namun, ia disangkal wanita itu.

“Mentol ini diciptakan untuk memberikan kehangatan kepada mereka yang masih solo pada musim perayaan ini,” ujarnya.

Jadi, bagaimanakah alat ini berfungsi?

Menurut Marina, anda hanya perlu menyambungkan mentol terbabit kepada router internet. Satu ‘jambatan’ akan mengesan sekiranya terdapat mana-mana pasangan yang hendak memutuskan hubungan mereka dan mentol akan berkelip-kelip.

Tambah pencipta itu lagi, warna dan keterangan cahaya mentol berkenaan boleh diubah sendiri menggunakan satu aplikasi khas.

Walau bagaimanapun, produk ini masih belum berada di pasaran ekoran ia masih lagi sedang dibangunkan oleh Marina.

Untuk membaca artikel lain berkaitan ciptaan menarik lagi kreatif, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca