Sesetengah masyarakat kita masih lagi tidak percaya akan kewujudan makhluk halus dan menganggap ia adalah karut semata-mata. Kewujudan mahkluk halus tidak seharusnya dipertikaikan kerana mereka sememangnya wujud.

Ada juga segelintir yang boleh melihat mahkluk halus dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, tidak semua orang pernah melalui pengalaman diganggu dengan mahluk ini atau benda-benda mistik.

Penyanyi terkenal daripada kumpulan BlackPink, Lisa dan Jisoo baru-baru ini membuka mulut berkenaan gangguan paranormal yang dihadapi mereka.

Pengalaman yang boleh bikin bulu roma berdiri itu dikongsikan oleh mereka dalam satu temu bual di sebuah stesen radio di Los Angeles.

Menurut Lisa yang cukup terkenal dengan tariannya yang sangat lincah, dia pernah terdengar bunyi seseorang mengetuk pintu almari pakaiannya ketika dia sedang tidur. Ketika itu, badannya juga tiba-tiba tidak dapat bergerak seolah-olah sedang ditindih atau dalam bahasa saintifiknya, ia disebut sebagai ‘sleep paralysis’.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya terdengar suara orang ketawa di telinganya. Sebaik sahaja dia terjaga daripada sleep paralysis itu, suara berkenaan terus hilang.

Apa yang dikongsikan oleh Jisoo pula ternyata lebih seram. Ketika dia sedang menari di hadapan cermin yang bertempat di dalam walk-in closet miliknya, dia ternampak kelibat tangan putih di celah pakaian yang tergantung di situ. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari bilik itu.

Jisoo cuma membuka cerita tentang insiden itu sebaik sahaja Lisa pulang dari Thailand. Pada mulanya, Lisa menceritakan pertemuannya dengan seorang psikik di Thailand gara-gara kejadian yang menimpanya tempoh hari. Setelah itulah Jisoo sedar bahawa bukan dia seorang yang diganggu di dorm berkenaan.

Psikik yang Lisa temui itu juga turut berpesan agar mereka berhati-hati kerana ada ‘penumpang’ yang tinggal di almari mereka.

Lisa mula bercerita tentang peristiwa menyeramkan itu pada minit ke-10.

Risau akan keselamatan mereka, BlackPink kini memilih untuk tidak lagi tinggal di dorm berkenaan.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Syok, Korea Boo

1
like
2
love
0
haha
2
wow
0
sad
0
angry