[Video] 3 Ekor Kucing Ditemukan Mati Selepas ‘Dilemaskan’ Di Dalam Mesin Dobi Pakaian

Tidak berperikemanusiaan, itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki ini yang bertindak kejam memb*nuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan tidak berdosa itu di dalam mesin basuh di kedai dobi yang bertempat di Desa Aman Puri, Kepong. Insiden ini dilaporkan berlaku pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun yang memaklumkan mengenai insiden itu pada jam 9.30 pagi.

Sumber:

“Wanita itu memaklumkan bahawa dia datang ke dobi tersebut untuk mencuci pakaian dan mendapati tiga ekor kucing sudah mati di dalam mesin basuh yang berasingan di premis berkenaan,” kata Arifai.

Tambah Arifai, hasil siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah memasukkan tiga ekor kucing malang itu di dalam mesin basuh tersebut pada jam 5.30 pagi.

“Siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Veterinar Shah Alam untuk tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya menerusi kenyataan media.

Rakaman CCTV kejadian itu turut menjadi tular di media sosial dan menerima kecaman hebat daripada warganet yang rata-ratanya mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa ke atas si pelaku.

Sebelum ini, kes yang hampir sama pernah berlaku di Taman Gombak Ria, Batu Caves pada dua tahun lepas di mana seorang lelaki bertindak kejam dengan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam sebuah mesin pengering baju di sebuah kedai dobi. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca