[Video] 2 Maut Akibat Tercampak Selepas Roller Coaster Taman Tema Tergelincir Dari Landasan

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah ungakpan paling sesuai untuk menggambarkan insiden yang berlaku di taman tema dekat Mexico di mana nyawa dua orang pengunjung melayang dan sekurang-kurangnya dua lagi cedera selepas tercampak dari permainan roller coaster yang dinaiki mereka.

Insiden tragis ini berlaku di taman tema bandar Feria de Chapultepec di Miguel Hidalgo pada Sabtu lalu.

Rakaman detik cemas yang memaparkan gerabak terakhir pada rantaian roller coaster itu tergelincir keluar dari landasan ketika ia bergerak laju menuruni trek turut tular di media sosial.

Mangsa dilihat tercampak keluar dan kemudiannya jatuh ke tanah.

Menurut laporan media tempatan, gerabak itu tergelincir keluar dari landasan selepas terlanggar struktur logam yang merupakan sebahagian daripada permainan itu.

Pihak pengurusan taman tema berkenaan meluahkan rasa kesal di atas insiden yang berlaku dan menzahirkan rasa simpati kepada seluruh keluarga mangsa.

Artikel Lain Untuk Di Baca