[Video] 10,000 Penduduk Terjejas, Rakaman Udara Papar Detik Cemas Empangan Pecah

Kejadian dua empangan yang pecah di Michigan telah mengakibatkan 10,000 orang telah dipindahkan dan memperlihatkan sebahagian negeri di Amerika Syarikat ‘lumpuh’.

Sebuah video dipercayai memaparkan keadaan mengerikan di Empangan Edenville yang memperlihatkan bergelen air ‘meletus’ akibat letusan di empangan serta membanjiri kawasan sekitarnya dan menuju ke rumah penduduk.

Gabenor Michigan, Gretchen Whitmer mengisytiharkan darurat bagi daerah di Midland dengan jangkaan banjir yang melampau.

Dua empangan di daerah itu, Edenville dan Sanford runtuh disebabkan oleh hujan lebat dalam beberapa hari lalu dan penduduk di sekitar diberitahu untuk segera berpindah.

“Untuk 12 hingga 15 jam yang seterusnya, pusat bandar Midland mungkin ditenggelami air,” kata gabenor di dalam sidang akhbar.

Lebih kurang 3,500 buah rumah dan 10,000 orang setakat ini telah terkesan dan diberikan notis pengosongan, lapor CNN.

Tiada kecederaan atau kematian telah dilaporkan setakat ini. Penduduk juga disarankan untuk mencari tempat berlindung sejauh yang mungkin dari sungai Tittabawassee.

Untuk baca lebih banyak artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca