Siapa sangka vespa tua yang sering dipanggil besi buruk ini membuatkan seorang wanita terbuka hati untuk menerima lamaran mendirikan rumah tangga.
Malah Nurrashidah Roslan, 23, memberitahu dia tidak menyangka beberapa siri perjalanan menunggang vespa bersama rakan-rakan lain juga akhirnya membentuk keserasian bersama suaminya, Mohd Shafiriey Husin, 30.
“Kami berkenalan melalui media sosial. Asalnya kami berkawan kemudian dia mengajak saya keluar. Masa mula-mula pun dia dah bawa saya keluar naik vespa. Vespa dia yang paling buruk sekali”.
“First trip kami ke Bukit Fraser. Sejak itu, wujud persefahaman antara kami dan cinta mula berputik. Tempoh perkenalan kami sebulan sahaja dan dia terus mengajak saya kahwin,” ujarnya.
Bercerita lanjut, Nurrashidah atau lebih mesra disapa Shidah berkata, kembara menaiki vespa bersama suami membuatkan dia meminati dunia permotoran dan tidak kisah untuk membonceng motosikal buruk sambil melihat dunia luar.
“Bila sudah berkahwin, saya suggest tempat-tempat untuk kami pergi. Saya tak akan berhenti buat aktiviti ini selagi belum mengandung. Trip motosikal seperti ini bukan untuk suka-suka sebaliknya mengajar kami untuk bertolak ansur dan erti kesabaran,” katanya.
Kisah pasangan suami isteri ini menjelajah menggunakan vespa Sprint 150 keluaran 1973 menjadi perhatian di laman sosial apabila mereka berjaya membelanjakan hanya RM3,000 sepanjang tiga minggu perjalanan ke Indochina.
Penulis berharap kisah ini akan menjadi inspirasi kepada para pembaca untuk melakukan aktiviti seperti ini.
Jika anda ingin mendapat info yang menarik, bolehlah anda ikuti Telegram Lejen Press. Di sana mempunyai pelbagai info yang dapat anda gunakan.
Sumber : mStar