Vape Terlalu Bahaya Sehingga Menyebabkan Kematian Pertama Di Amerika Syarikat?

Pegawai kesihatan di Jabatan Kesihatan Awam Illinois semalam telah mengesahkan kematian seorang pesakit yang menghidap sakit paru-paru kronik yang dipercayai berpunca daripada tabiat menghisap vape.

Jabatan kesihatan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan nama, usia dan jantina mangsa.

Kematian pesakit itu merupakan kematian pertama di Amerika Syarikat yang melibatkan rokok elektronik.

Dr Ngozi Ezike, Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Illinois berkata bahawa penyakit yang dialami orang awam sekarang semakin serius dan berada di tahap yang membimbangkan. Masyarakat perlu sedar penggunaan e-rokok adalah amat berbahaya pada kesihatan.

“Kami meminta pasukan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk datang ke Illinois bagi membantu kami menyiasat kes ini,” katanya.

Jabatan Kesihatan Awam Illionois melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang berusia antara 17 hingga 38 tahun menghidap beberapa jenis penyakit pernafasan selepas menggunakan rokok elektronik terbabit manakala kes lain pula sedang disiasat.

Mereka yang terjejas mempunyai beberapa gejala seperti batuk, sesak nafas serta keletihan dan ada juga yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Sehingga Rabu, CDC melaporkan sebanyak 153 kes sesak nafas berlaku di Amerika Syarikat dan kes-kes penyakit pernafasan yang berkaitan dengan vape turut dilaporkan berlaku di Chicago dan Champaign.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca