Pada Isnin yang lalu, seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita tua telah melakukan vandalisme dengan bertindak mencampak kek ke arah potret Mona Lisa.

Pejabat pendakwa raya Paris mengesahkan lelaki yang berusia 36 tahun itu telah ditahan dan dibawa ke unit psikiatri.
Kejadian berlaku di Muzium Louvre, Paris apabila lelaki berkenaan bertindak melakukan protes di hadapan potret tersebut.
Individu tersebut dilaporkan berjaya menghampiri lukisan karya agung oleh Leonardo Da Vinci dengan memakai pakaian wanita tua lengkap berambut palsu dan berkerusi roda.

Namun begitu, potret Mona Lisa tidak mengalami sebarang kerosakan kerana dilindungi dengan dinding kaca kalis peluru.
Pada mulanya lelaki tersebut cuba memecahkan kaca pelindung itu sebelum membaling kek yang dibawanya.
Maybe this is just nuts to me💀but an man dressed as an old lady jumps out of a wheel chair and attempted to smash the bullet proof glass of the Mona Lisa. Then proceeds to smear cake on the glass, and throws roses everywhere all before being tackled by security. 😂??? pic.twitter.com/OFXdx9eWcM
— Lukeee🧃 (@lukeXC2002) May 29, 2022
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, selepas membaling kek dia kemudiannya melemparkan bunga ros merata-rata sebelum ditangkap oleh pihak keselamatan.
Semasa dibawa keluar dari muzium, lelaki itu sempat melaung dan berkata “Fikirkan bumi. Ada orang ingin memusnahkan bumi. Fikirkanlah. Artis memberitahu anda, fikirkan bumi, Itu sebab saya melakukan perkara ini.”
Siasatan telah dilakukan terhadap individu berkenaan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: