Valentine’s Day Dan White Day: Apa Perbezaannya?

Anda mungkin sudah biasa ataupun familiar dengan sambutan Valentine’s Day. Ia adalah hari dimana pasangan kekasih menunjukkan penghargaan kepada satu sama lain.

Bagaimana pula dengan White Day? Sambutan White Day cukup terkenal di negara matahari terbit, iaitu Jepun.

Persoalannya, adakah kedua-dua sambutan ini mempunyai motif yang sama iaitu untuk meraikan cinta?

Valentine’s Day Dan White Day

Valentine’s Day ataupun Hari Valentine disambut pada 14 Februari setiap tahun. Hari ini bertujuan untuk meraikan cinta dan kasih sayang sesama pasangan kekasih.

White Day pula adalah hari cuti yang disambut pada 14 Mac, sebulan selepas sambutan Valentine’s Day. Di Jepun, hari ini disambut secara besar-besaran. White Day juga menjadi hari yang selalu diraikan di negara seperi Korea Selatan dan Taiwan.

Perbezaan di antara kedua-dua sambutan ini adalah tentang siapa yang akan memberikan hadiah.

Di negara-negara yang meraikan sambutan White Day, para gadis ataupun wanita akan memberikan coklat sebagai hadiah kepada para lelaki pada Hari Valentine.

Sebulan kemudian, para lelaki yang telah menerima coklat ataupun sebarang bentuk hadiah daripada para wanita harus menghadiahi semula wanita tersebut dengan membeli hadiah. Hadiah yang hendak diberikan haruslah dua ke tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah yang mereka terima.

Sumber: fnpblog

Asal Usul Valentine’s Day Dan White Day

Valentine’s Day diwujudkan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 AD untuk memperingati Saint Valentine.

Sambutan hari tersebut dikaitkan dengan cinta romantik di dalam Era Kelas Tinggi. Kemudiannya, tradisi menghantar kad ucapan merupakan satu trend popular yang dimulakan di Great Britain.

Pope Gelasius I

Sejak dari itu, kad ucapan bertulisan tangan telah memberi peluang untuk penghasilan kad ucapan dalam jumlah yang banyak.

Berbeza pula dengan sambutan Valentine’s Day, White Day adalah sebuah fenomena baru yang diwujudkan oleh industri pembuatan coklat dan manisan di Jepun. White Day disambut buat pertama kalinya pada tahun 1978 di negara tersebut.

Pada tahun 1977 di sebuah syarikat pembuatan manisan yang berpusat di Fukuoka, Ishimura Manseido mensasarkan penjualan marshmallow kepada kaum lelaki pada 14 Mac dan memanggilnya ‘Marshmallow Day’.

Tempat pembuatan manisan milik Ishimura yang kini dijadikan sebuah restoran dan kedai manisan.

Walau bagaimanapun atas sambutan yang kurang menggalakkan pada ketika itu, ‘Marshmallow Day’ tidak berjaya menjadi suatu trend di kalangan masyarakat.

Berikutan hal tersebut, Pertubuhan Industri Pembuatan Manisan Kebangsaan telah memutuskan untuk mewujudkan White Day sebagai ‘Answer Day’ atau ‘Reply Day’.

Warna putih dipilih kerana warna tersebut melambangkan kesucian, menjadi simbol ‘cinta remaja yang tulus’ dan juga merupakan warna gula.

Asalnya sambutan ini dinamakan ‘Ai ni Kotaeru White Day’ yang bermaksud ‘Answer Love On White Day’.

Budaya Sambutan

Budaya sambutan Valentine’s Day moden adalah pasangan kekasih mempamerkan rasa cinta dan sayang mereka kepada satu sama lain dengan memberi jambangan bunga, manisan, hadiah, dan juga kad ucapan. Tidak kurang juga yang berinisiatif untuk membawa pasangan mereka keluar untuk janji temu.

Kaum wanita di negara Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan memberikan coklat kepada lelaki yang mereka sukai pada Valentine’s Day. Jika coklat yang diterima adalah coklat hasil buatan tangan si gadis ataupun ‘homemade’, itu menjadi satu petunjuk bahawa cuma ada lelaki tersebut dihatinya.

Sebulan kemudian pada White Day (14 Mac),para lelaki adalah dijangkakan untuk menghadiahi semula para wanita yang telah memberi hadiah kepada mereka sewaktu Valentine’s Day.

Dengan memulangkan hadiah pemberian si gadis, bermaksud si lelaki mahu menamatkan hubungan yang sedia ada ataupun menolak hubungan yang baru hendak mula berputik.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca