Vaksinasi ‘Walk-In’ Kini Dibuka, Ramai Orang Serbu PPV

Orang ramai dilihat telah menyerbu pusat pemberian vaksin yang kini dibuka secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) (HCO B) serta Hotel Wyndham di Klang.

Pengurus Aliran HCO B, Amyra Zuraini mengatakan bahawa pihaknya sudah melakukan persediaan awal kerana mereka telah menjangkakan ramai yang akan berpusu-pusu hadir ke PPV berkenaan untuk merebut peluang ini.

Sebanyak 58 individu daripada kakitangan Megaklinik Zahran termasuk 20 orang vaccinator serta sukarelawan yang telah ditempatkan di sana pada hari pertama pemberian vaksin secara walk-in ini dijalankan.

Orang ramai didapati telah datang beratur awal namun operasi untuk walk-in bermula dari jam 2 petang hingga 9 malam.

Vaksinasi secara walk-in semalam telah diberikan khusus untuk individu yang berusia 40 tahun ke atas dan hanya 600 orang sahaja akan divaksinasi sehari mengikut kuota yang ditetapkan.

Pemberian vaksin kepada individu 40 tahun ke atas bermula semalam hingga 4 Ogos. Manakala pemberian vaksin kepada individu berusia 18 tahun ke atas akan bermula pada 5 Ogos.

Sumber: LOW BOON TAT/The Star

Hasil tinjauan menunjukkan ramai yang mengambil peluang hadir ke PPV IDCC berkenaan bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Kereta dilihat beratur panjang kira-kira 800 meter dari PPV tersebut dan menunjukkan keadaan di Dataran Automobil Seksyen 15 kelihatan agak sesak.

Ahmad, salah satu penerima vaksin itu telah membuat keputusan hadir ke PPV berkenaan setelah tidak menerima tarikh temujanji untuk suntikan vaksin.

Dalam pada itu, tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) Hotel Wyndham di Klang menunjukkan orang ramai sudah beratur sejak jam 10 pagi untuk mendapatkan vaksin secara walk-in walaupun suntikan hanya diberi mulai jam 2 petang.

Majoriti yang hadir pada semalam dipercayai menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan aplikasi MySejahtera.

Bagi vaksinasi secara walk-in, jumlah vaksin yang ada 1,200 sahaja namun jumlah ini adalah untuk semalam sahaja.

Rata-rata yang beratur berharap agar mereka dapat menerima suntikan vaksin tersebut kerana mereka sudah lama menunggu.

Hotel Wyndham adalah salah satu daripada 10 PPV lain yang terpilih bagi pemberian vaksin secara walk-in di Lembah Klang.

PPV lain yang turut memberikan suntikan vaksin secara walk-in adalah PPV KL Convention Centre iaitu HCO F, HCO G dan HCO H, Bangi Avenue Convention Center (BACC). Selain itu, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca