Vaksin COVID-19 Yang Dibangunkan Oxford Akan Diuji Ke Atas Manusia Pada Khamis

Vaksin yang berpotensi untuk COVID-19 yang dibangunkan di University of Oxford bakal diuji ke atas manusia bermula Khamis ini.

Profesor di Pusat Vaksin Oxford iaitu Andrew Pollard telah tampil menjelaskan beberapa perkara yang akan menjadi persoalan semasa ujian ini dijalankan kelak.

“Ada dua soalan penting ketika ujian ini dijalankan. Pertama, apakah reaksi yang mungkin berlaku kepada vaksin ini?

“Kami tahu dengan vaksin seperti ini, ada yang akan demam dan sakit tangan. Kami juga ingin tahu sama ada ia akan menghalang COVID-19.

“Ini adalah sebab kenapa kita harus adakan ujian ke atas manusia. Kami berharap ia akan berjaya seperti yang diharapkan Setiausaha Kesihatan UK. Namun, pada ketika ini kami masih belum menjalankan ujian.

“Kami harus mulakan ujian ini. Apabila virus baru ini mula menular, ada kajian di Oxford tentang MERS koronavirus dan satu vaksin sedang diuji ke atas manusia.

“Apabila kod genetik COVID-19 ini dijumpai pada Januari, kami mampu untuk melihat kembali kod genetik dan menghasilkan vaksin ini dengan pantas.

“Ia dibangunkan di makmal dan kemudian ke pusat pengeluaran di Oxford untuk membuat satu dos vaksin ini yang siap untuk diuji,” kata Andrew Pollard.

Menurut Setiausaha Kesihatan UK, kerajaan turut menyumbang sebanyak £20 juta (kira-kira RM110 juta) untuk pasukan berkenaan terus membangunkan vaksin tersebut dalam memerangi wabak COVID-19.

Difahamkan, dua vaksin sedang dibangunkan di Oxford dan Imperial College ketika ini. Kedua-dua projek berkenaan dilaporkan sedang menunjukkan pembangunan yang pantas.

Pada waktu biasa, pembangunan vaksin mengambil masa bertahun lamanya. Kerajaan UK bagaimanapun akan melabur bagi menghasilkan vaksin tersebut untuk memastikan ia boleh digunakan di negara berkenaan secepat mungkin.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca