Vaksin COVID-19 Rusia Disyorkan Kepada Mereka Yang Berusia 18 Sehingga 60 Tahun

Vaksin baharu yang dibangunkan Rusia untuk COVID-19 disyorkan kepada individu berusia 18 sehingga 60 tahun. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pusat Kesihatan Saintifik Kementerian Kesihatan Rusia iaitu Vladimir Bondarev pada Rabu.

“Di Rusia, ia menjadi kebiasaan untuk mengesahkan (vaksin untuk) kanak-kanak daripada lahir sehingga 18 tahun, dewasa daripada 18 sehingga 60 tahun dan warga emas yang berusia lebih 60 tahun.

Kajian klinikal kini dilakukan terhadap sekumpulan sukarelawan berusia 18 sehingga 60 tahun. Oleh itu, vaksin ini sekarang ditujukan untuk kegunaan mereka yang berusia 18 sehingga 60 tahun,” kata Bondarev menerusi satu kenyataan.

Sumber: Polygraph

Pada masa yang sama, pakar itu juga mengatakan bahawa kajian klinikal tambahan diperlukan untuk warga emas dan mungkin akan dilakukan semasa ujian klinikal pasca pendaftaran.

Sementara itu, pengarah Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi iaitu Gamaleya Alexander Gintsburg mengatakan bahawa beliau yang bakal mencecah umur 60 tahun sudah diberikan suntikan vaksin itu dan berada dalam keadaan baik.

Awal minggu ini, Rusia telah mengumumkan untuk mendaftarkan vaksin COVID-19 pertama di dunia di mana ia dikenali Sputnik V. Presiden Rusia, Vladimir Putih sudah pun memberi kelulusan terhadap vaksin itu.

Difahamkan, vaksin berkenaan dibangunkan secara bersama oleh institut penyelidikan Gamaleya dan Dana Pelaburan Langsung Rusia.

Sehingga kini, vaksin berkenaan sudah diuji terhadap 76 sukarelawan di dua institusi iaitu Universiti Sechenov di Moscow dan Hospital Tentera Burdenko di Kementerian Pertahanan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan pembangunan vaksin COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca