Utamakan Privasi Keluarga, Sugu Akui Kurang Senang Kerap Dihubungi Wartawan

Baru-baru ini, beberapa keping gambar di sebalik sesi fotografi yang dilakukan oleh YouTuber Sugu Pavithra mencuri perhatian orang ramai.

Pavithra yang mengenakan pakaian daripada pereka terkenal tanah air nampak berbeza dengan sentuhan mekap yang memukau orang ramai.

Menerusi sebuah wawancara bersama majalah Pepatung, Sugu tidak menafikan bahawa dia berasa sedikit tidak selesa apabila kerap menerima panggilan daripada wartawan.

Ramai orang menghubungi pasangan YouTuber berkenaan kerana mahu menjemput mereka untuk menyertai program di televisyen susulan populariti yang diraih Sugu Pavithra.

Sugu ialah seorang ketua keluarga yang lebih mengutamakan kesederhanaan daripada populariti. Oleh itu, ia tidak mustahil untuk dirinya berasa kurang senang selepas menerima pelbagai panggilan telefon daripada pihak media mengenai photoshoot isterinya.

Pavithra sebaliknya lebih terbuka dengan pelawaan daripada stesen-stesen televisyen dan liputan media tetapi itu semua terpulang kepada keizinan suaminya juga.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk keluar televisyen tetapi ia mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang, dia masih tidak benarkan jadi saya ikut sahaja yang terbaik,” ujarnya.

Menerusi wawancara yang sama, Sugu Pavithra akui mereka tidak kisah sekiranya terpaksa hidup susah kembali selepas ini.

“Kami tidak kisah pun sekiranya esok lusa kehilangan populariti ataupun YouTube tidak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya orang susah. Ia tidak akan mematahkan semangat kami sekiranya susah semula,” tambahnya.

Untuk pengetahuan anda, Sugu Pavithra mula terlibat dengan YouTube selepas memuat naik video masakan bermula Januari lalu.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Sugu Pavithra, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca