Ustazah Ini Disuruh Merangkak Oleh Seorang Ibu Gara-Gara Mendenda Anaknya

Guru merupakan warga pendidik yang perlu dihormati. Guru adalah penyampai ilmu kepada anak bangsa. Semua orang yang berjaya di dunia pastinya pernah dididik dan diajar oleh insan yang bernama guru.

Jika dahulu, guru yang mendenda seseorang murid kerana kesalahan mereka sendiri tidak akan dimarahi oleh ibu bapa murid itu, malah ibu bapa sendiri menyokong tindakan guru tersebut. Berbeza dengan situasi sekarang, guru pula yang akan dimarahi oleh ibu bapa jika ibu bapa dapat tahu yang anak mereka didenda.

Begitulah kisah yang terjadi kepada seorang ustazah sekolah agama ini apabila ibu daripada salah seorang murid naik angin kerana anaknya didenda untuk merangkak dan dikatakan sehingga murid itu cedera.

Ibu kepada murid berkenaan pergi ke sekolah untuk menyerang ustazah itu. Ibu tersebut menyuruh ustazah itu untuk merangkak di hadapan anak-anak muridnya kerana telah mendenda anaknya sebelum ini.

Video ustazah itu merangkak telah tular di media sosial dan ia membuka aib ustazah tersebut. Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsi rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan ibu kepada murid itu. Ia menjatuhkan martabat seorang guru dan memalukan guru itu sendiri.

Perkara yang terjadi ini membuatkan ramai warganet tidak berpuas hati dengan tindakan ibu kepada murid tersebut. Jelas ia menampakkan martabat seorang guru itu jatuh dan tidak dihormati. Sama-sama kita ambil teladan dan pengajaran daripada kisah ini.

Untuk baca artikel lain yang berkenaan guru, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca