Ustaz Ebit Lew Tiba Di Bumi Palestin, Team Pertama Lalui Pintu Rafah

ustaz-ebit-lew-tiba-di-bumi-palestin-team-pertama-lalui-pintu-rafah

Seperti mana yang kita semua tahu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew kini berada di Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat peperangan baru-baru ini.

Misi itu telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagramnya, beliau menceritakan pengalamannya semasa berada di sana.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menzahirkan rasa bersyukur dan penghargaannya terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

ustaz-ebit-lew-tiba-di-bumi-palestin-team-pertama-lalui-pintu-rafah
Sumber: Apa Kabar Malay

“Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.”

Syukur pada Allah. Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.

Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 NGO seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.

Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit, betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih Wisma Putra. Terima kasih Dato Ida Murni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.

Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent. Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.

Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri…

Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.

Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca