Usia Cecah 128 Tahun, Wanita Ini Dedah Rahsia Panjang Umur

Seorang wanita Afrika Selatan yang kini berusia 128 tahun telah dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia mendedahkan rahsia umur hayatnya yang panjang.

Johanna Mazibuko menjelaskan bahawa pengambilan susu segar dan bayam liar dalam diet harian merupakan salah satu faktornya.

Wanita itu menyambut ulang tahun ke-128 awal minggu ini sekali gus memberi gambaran bahawa dia merupakan individu tertua di dunia yang masih hidup.

Semasa menyambut hari jadinya, Mazibuko turut memegang sekeping kertas yang menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1894.

Komuniti di negara itu kini berusaha untuk membantu meletakkan nama Mazibuko di dalam Rekod Dunia Guinness.

Dia dibesarkan di sebuah ladang jagung di bandar Ottosdal dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.

Warga emas itu sempat merasai hidup pada zaman penjajahan British dan era apartheid selain daripada dua perang dunia.

Mazibuko dibesarkan dengan susu segar dan bayam liar. Walaupun dia kini makan makanan yang moden, wanita itu masih merindui kesederhanaan zaman kanak-kanaknya.

Keadaan kesihatan Mazibuko pada usia 128 tahun boleh dikatakan baik meskipun bergelut dengan masalah pendengaran.

Ini kerana wanita itu masih kuat untuk bergerak ke sana sini dalam rumahnya tanpa bantuan.

Mazibuko mempunyai tujuh anak bersama suaminya, Swatana, dan dua daripada mereka masih hidup hingga ke hari ini. Dia juga mempunyai sekitar 50 cucu dan cicit. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca