Europa League (UEFA) merupakan pertandingan bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh UEFA sejak tahun 1971 untuk kelab bola sepak yang layak sahaja. Kelayakan kelab bergantung kepada pencapaian mereka semasa liga kebangsaan dan pertandingan cup.
Tentang Europa League, usahlah fans Manchester United berdukacita. Sebenarnya piala ini adalah piala yang pernah dijulang oleh pemain power macam Diego Maradona, Rudi Voller, Hidetoshi Nakata dan Michael Owen.
Selain itu, Europa League menawarkan penyokong-penyokong mengenali kelab-kelab rare macam Slavia Prague, Partizan dan BATE Borisov. Ramai sangat penyokong kelab mainstream macam Barcelona dan Bayern Munich.
Man United kini dalam proses penyucian daripada bandwagon-bandwagon yang bersarang di kelab tersebut sejak zaman David Beckham lagi. Mungkin inilah masanya penyokong Man United yang sebenar boleh berkata pada masa depan; “Where were you when we’re number 6?”
Sebagai penyokong Liverpool, ada masanya aku merindukan zaman kena bahan dan ejek di zaman Andy Carroll rambut berat dan Charlie Adams sepak bola ke langit biru.
Disitulah, kita boleh nampak penyokong yang benar-benar true.
Ada kawan aku penyokong Leeds United, tahan tengok streaming bola seorang diri tatkala member-member sedang menonton EPL di mamak. Ada member penyokong Ipswich Town dengan bangganya berkata dia satu-satunya pemilik jersi pasukan tersebut dalam kampus universiti.
Jadi tenanglah Man United, ada hikmahnya menjadi kelab mid-table.
Perkongsian dengan izin penulis asal, Nami Cob Nobbler.