Usaha ‘Selamatkan’ Suami Punyai Basikal Sama Dengan Khairy Jamaluddin Ini Mampu Buat Anda Terhibur

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Rembau yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin terlibat dalam sebuah kemalangan ketika berbasikal di Kuala Langat.

Sekiranya kecoh di laman media sosial sebelum ini tentang permohonan maaf daripada Jabatan Kerja Raya, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas harga basikal beliau didedahkan menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

Walaupun begitu, ia bukanlah kecaman atau mempersoalkan harga basikal tersebut tetapi sebaliknya. Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, seorang wanita difahamkan terkejut apabila mendapat tahu harga basikal berkenaan kerana ia hampir sama dengan suaminya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan wanita tersebut ialah suaminya juga difahamkan tidak pernah memberitahu dirinya bahawa harga basikal berkenaan mencecah RM45,000.

Melihat situasi berkenaan, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tampil menyelamatkan si suami yang seakan-akan tertangkap telah membeli basikal sehingga puluhan ribu ringgit:

Dalam pada itu, harga basikal berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar mencecah harga RM45,000 seperti yang dimaksudkan. Selain itu, basikal yang dimiliki suami wanita berkenaan juga tidak dapat dipastikan jika ia sama dengan yang digunakan Khairy.

Sumber: Instagram @khairykj

Walaupun ia sekadar gurauan, usaha-usaha yang ditunjukkan para lelaki ini membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rakan-rakan lagi-lagi bila mereka ‘terkantoi’ membeli sesuatu yang mungkin tidak menerima persetujuan isteri. Apa pendapat anda berkenaan isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan KJ, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca