Usah Takut Makan Bawang Putih, Ketahui Khasiat Dan Manfaatnya Terhadap Kesihatan

Bawang putih sememangnya sinonim sebagai salah satu bahan utama dalam menumis masakan. Bau tumisan yang menggunakan bawang putih akan menjadi wangi lebih-lebih lagi selepas ditambah dengan bawang merah dan bawang besar.

Tahukah anda? Sesetengah masyarakat ada menggunakan bawang putih sebagai ulam. Ia dikatakan enak ketika dimakan bersama dengan nasi.

Namun, ada juga yang memasaknya bersama dengan nasi. Caranya mudah sahaja iaitu meletakkan bawang putih ke dalam beras yang telah kering airnya.

Ianya menjadi kegemaran masyarakat kerana rasanya yang berlemak dan baunya kurang menyengat seperti bawang putih mentah. Bawang putih juga dijadikan sebagai penambah selera apabila dicicah bersama dengan budu atau sambal belacan.

Selain menjadi bahan tumisan dan ulam, bawang putih juga dapat dijadikan kerepek dan sambal.

Bukan itu sahaja, ia juga berupaya dijadikan sebagai minuman kesihatan. Perlu anda ketahui, bawang putih mampu membunuh kuman dan menghindarkan anda daripada terkena sebarang jangkitan daripada luar.

Percaya atau tidak? Bawang putih juga berfungsi dalam merawat kulit kepala dan melicinkan kulit wajah.

Para penyelidik di universiti luar negara mendapati bawang putih berkesan dalam merawat masalah botak. Caranya ialah dengan menggunakan minyak bawang putih pada kulit kepala.

Demikianlah, terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh manusia daripada bawang putih.

Semoga perkongsian kali ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan pembaca mengenai ulaman menggunakan bawang putih.

Penulis

  • Maizatul Akhmal Binti Ishak adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca