Urban Legend Yang Menakutkan Dari Seluruh Dunia

Urban legend amat sinonim dengan masyarakat setempat malah ianya sering diceritakan dari mulut ke mulut. Setiap cerita yang disampaikan pasti akan membuatkan anda kecut perut tatkala mendengarnya. Di sini penulis ingin kongsikan urban legend yang terkenal di seluruh dunia!

 

  • Kuchisake Onna (Jepun)
Photo: Villain wiki

 

Kuchisake Onna merupakan gelaran yang tidak asing bagi masyarakat Jepun. Sekiranya anda berjumpa dengan seorang perempuan yang memakai mask pada waktu malam, mungkin sahaja itu Kuchisake Onna.

Jika bertemu dengan Kuchisake Onna anda akan ditahan dan diberikan soalan. Kuchisake Onna akan bertanya “Apakah aku cantik?”. Kalau anda menjawab ya Kuchisake Onna akan membuka mask lalu menunjukkan mulutnya yang koyak sehingga ke telinga kemudian dia akan bertanya lagi “apakah aku masih cantik?”. Jika anda berkata tidak maka anda akan dibunuh olehnya dengan menggunakan gunting yang dibawa oleh Kuchisake Onna, tetapi jika anda berkata ya, maka dia akan mengikut anda sampai rumah, jika mangsanya sampai rumah mangsa tersebut akan dibunuh dengan kejam oleh Kuchisake Onna. Anda pilih yang mana??

Kononnya hantu ini merupakan perempuan cantik dan ‘kantoi’ curang di belakang suaminya sehingga sang suami membelah mulut Kuchisake dan berkata “Sekarang siapa yang akan cakap kamu cantik dengan keadaan begini?”

 

  • Bloody Mary (Amerika)

 

Pada zaman dulu ada wanita cantik yang bernama Mary Woeth. Suatu hari dia mengalami kemalangan yang mengerikan hingga menyebabkan wajahnya menjadi sangat buruk sehingga tidak seorang pun mau melihatnya. Selepas kejadian itu ia tidak dibenarkan melihat wajahnya di cermin kerana bimbang dia boleh menjadi gila. Hal ini kerana dia dikenali sebagai seorang yang suka sekali menghabiskan waktunya di depan cermin dan mengagumi kecantikannya.

Pada suatu hari akibat rasa ingin tahu yang mendalam Mary mula melihat cermin. Apabila melihat wajahnya di dalam cermin, Mary menjerit dan menangis kerana sangat sedih dengan keadaan mukanya. Akhirnya Mary berjalan masuk ke dalam cermin untuk mencari semula wajah cantiknya, Mary juga  bersumpah untuk membuat buruk wajah orang yang datang mencarinya di cermin.

Ada yang mengatakan bahawa Bloody Mary boleh dipanggil.  Adakah anda berani?

 

  • Hantu Tandas (Korea)

 

Tandas sering dikaitkan dengan kejadian misteri seperti bunyi tandas dipam atau suara menangis. Di Korea mereka percaya bahawa ada hantu yang menghuni tandas. Walaupun bunyinya kedengaran kelakar namun hakikatnya jauh sama sekali. Hantu tandas ini dikatakan sering menghuni tandas-tandas dan menggangu mangsa. Hantu ini akan menghulurkan tangan dan bertanya sama ada anda mahu kertas merah atau biru.

Jika anda memilih merah hantu tersebut akan memotong anda. Sebaliknya jika anda memilih biru anda akan dicekik hingga mati oleh hantu tersebut. Seram bukan?

  • Orang Minyak (Malaysia)

 

Orang minyak dikatakan sering memecah masuk rumah dan memperkosa gadis-gadis seramai 40 orang sebagai salah satu syarat untuk meningkatkan ilmu kebatinan. Apabila berjaya memenuhi syarat tersebut, dikatakan pengamalnya akan mendapat kuasa sakti yang tinggi.

Berhati-hati ya ketika membaca cerita ini. Mana tahu anda tidak keseorangan…

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca