UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Dibatalkan Untuk Tahun Ini

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan buat sepenuhnya bermula pada tahun ini, manakala Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) juga telah dibatalkan buat tahun 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan berita tersebut pada sidang media khas, petang Rabu.

Keputusan besar yang membabitkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak tahun 1988 itu sudah mengambil kira pandangan dari banyak pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau juga memaklumkan bahawa kementerian akan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara menyeluruh susulan perkara itu.

Kemasukan ke sekolah khusus atau asrama ke tingkatan bagi tahun 2022 juga berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga dimansuhkan.

Salah satu asas utama pihak kerajaan mempertimbangkan keputusan pembatalan PT3 buat tahun ini adalah mengambil kira masa yang ada bagi para murid untuk membuat persediaan. Khususnya, secara bersemuka bersama guru-guru di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan turut berkata ia juga mengambil kira dengan kaedah pentaksiran murid masih boleh diteruskan walaupun PT3 dibatalkan buat tahun ini.

Para pelajar Tingkatan 3 tahun ini akan melalui pentaksiran yang sama seperti tahun lalu iaitu melalui tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Keputusan pemansuhan UPSR sepenuhnya pula dibuat berdasarkan kajian dan libat urus yang dilakukan bersama pihak berkepentingan akibat COVID-19.

Susulan itu, pihak kerajaan akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah mulai tahun 2021 dan kementerian dalam usaha memperkasakan PBS secara menyeluruh pada tahun ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca