Untuk mereka yang membesar dengan menonton rancangan animasi SpongeBob SquarePants, Squidward bukanlah nama yang asing untuk anda.
Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa mereka dahulunya tidak faham dengan watak Squidward apabila mereka menontonnya sebagai seorang kanak-kanak.
Namun, mereka kini lebih memahami watak berkenaan apabila mereka sudah menjadi orang dewasa. Untuk itu, kami mempunyai berita baik untuk peminat SpongeBob SquarePants terutamanya untuk mereka yang meminati watak Squidward.
Berita baik buat semua peminat Squidward terutamanya kepada mereka yang sering menonton Netflix! Syarikat produksi ini dilaporkan telah bersetuju untuk bekerjasama bersama Nickelodeon untuk menghasilkan siri kartun spin-off SpongeBob SquarePants dengan menampilkan Squidward sebagai watak utama.
Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah kerjasama kedua-dua syarikat tersebut dikatakan bernilai sekitar $200,000,000 (RM833,900,000) sekali gus menunjukkan betapa serius Netflix dalam menandingi servis penstriman Disney+.
Siri spin-off ini berdasarkan laporan awal bakal berkonsepkan muzikal yang sangat sinonim dengan watak Squidward yang sangat gemar bermain klarinet.
Walau bagaimanapun, projek terbabit masih belum diketahui sehingga kini sama ada ianya bakal dihasilkan dalam bentuk siri ataupun filem.
Dalam pada itu, kami tidak sabar untuk menonton rancangan tersebut yang menampilkan Squidward sebagai watak utama dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak menerusi laman penstriman Netflix.
Adakah anda turut mempunyai pendapat yang sama dengan kami? Sementara itu, anda boleh melihat tujuh rekaan kasut paling ‘rare’ yang diinspirasikan oleh rancangan animasi berkenaan menerusi artikel ini.