Untuk Lindungi Anak Kapal, AirAsia Kini Perkenal Pakaian Seragam Baharu

Pakaian seragam untuk anak kapal bagi sesebuah syarikat penerbangan telah menjadi sesuatu yang penting sejak dahulu lagi dalam membezakan identiti setiap syarikat penerbangan yang ada.

Baru-baru ini pula, syarikat penerbangan AirAsia dikatakan telah memperkenalkan pakaian seragam baharu buat pramugara dan pramugari mereka.

Namun berbeza dengan seragam sebelumnya, rekaan kali ini telah diilhamkan daripada pakaian perlindungan diri (PPE) yang diciptakan khas bagi melindungi diri para krew kabin dan penumpang daripada virus COVID-19.

Syarikat penerbangan ini nampaknya masih terus mengekalkan warna tema mereka iaitu merah dan putih pada pakaian seragam baharu ini.

Difahamkan, pakaian seragam yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Los Angeles, Puey Quinones ini telah dibuat daripada bahan PPE yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Filipina.

Menariknya, walaupun pakaian seragam ini lengkap dengan peralatan pelindung diri, ianya tetap kelihatan sangat bergaya dan sporty sama dengan pakaian yang dipakai oleh pemandu kereta lumba Formula One.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan AirAsia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca