Untuk Lihat Kembar Peroleh Cahaya Mata, Lelaki Ini Sanggup Derma Buah Zakarnya

Seorang pemuda sanggup dermakan sebiji buah zakar miliknya kepada kembarnya supaya lelaki itu boleh mendapat zuriat.

The New York Times melaporkan, pasangan kembar berusia 36 tahun itu menjalani pembedahan yang berlangsung selama enam jam di sebuah hospital yang terletak di Belgrade, Serbia.

Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka dilahirkan dalam keadaan tidak mempunyai testikel. Atas sebab tersebut, kembarnya membuat keputusan untuk mendermakan buah zakarnya.

Namun, apa yang lebih menggembirakan ialah pembedahan itu berjaya dilakukan! Salah satu sebab yang mendorong penderma untuk menjalani pembedahan tersebut kerana dia sudah mempunyai anak tetapi kembarnya masih belum dikurniakan sebarang zuriat.

Sumber: The New York Times

Dalam pada itu, Dr. Dicken Ko yang merupakan salah seorang pakar bedah dalam pembedahan itu berkata bahawa ianya bertujuan untuk menstabilkan kadar testosteron dan menjadikan alat kemaluannya lebih selesa.

Pembedahan sama pernah dilakukan 40 tahun lalu di St. Louis yang terletak di Amerika Syarikat. Difahamkan apabila testikel itu kekurangan bekalan darah, ia hanya akan berfungsi selama empat hingga enam jam.

Seorang doktor di University Children’s Clinic iaitu hospital di mana pasangan kembar tersebut menjalani pembedahan berkenaan berkata penderma dan kembarnya itu kini berada dalam keadaan baik.

Pengorbanan seorang ahli keluarga itu tidak terkira jumlahnya. Semoga penerima itu turut boleh mempunyai cahaya matanya sendiri selepas ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca