Untuk Hargai Pelancong Malaysia, Kini Papan Tanda Di Korea Guna Bahasa Melayu

Bukan sahaja muzik K-pop yang popular di Malaysia, malah makanan dari Korea juga turut menjadi kegemaran ramai. Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia menjadikan Korea menjadi salah satu destinasi percutian pilihan.

Dengan suasananya yang sejuk, sudah pasti ramai mahu berkunjung ke sana ditambah pula dengan kepelbagaian makanan di negara tersebut menambat hati para pelancongan untuk bercuti ke sana.

Berikutan pelancong dari Malaysia sering ke negara itu, terdapat beberapa papan tanda di sana kini menggunakan bahasa Melayu.

Inisiatif yang dilakukan oleh pihak Korea sekaligus memudahkan rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu untuk mendapat maklumat.

Difahamkan, pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang telah menterjemah bahasa untuk papan-papan tanda tersebut dan usaha dan usaha telah mula dilakukan sejak tahun lepas ini.

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan bangga kerana pihak Korea Selatan memartabatkan bahasa Melayu. Malah, ramai yang berterima kasih dengan insiatif yang dilakukan oleh kerajaan Korea.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat orang luar dilihat lebih menghargai bahasa kebangsaan Malaysia berbanding rakyat sendiri.

Untuk baca artikel yang berkaitan negara Korea, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca