Untuk Elak Dehidrasi, Ini 6 Waktu Yang Sesuai Minum Air Ketika Bulan Puasa

Kuantiti air yang banyak amat diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk menyelaraskan suhu badan. Lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Oleh itu, kita perlulah menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas memandangkan air mempunyai pelbagai fungsi penting dalam tubuh.

Sewaktu bulan Ramadan, air amat penting untuk mencegah dehidrasi. Seperti yang disyorkan oleh pakar, kita perlu meminum lapan gelas air sehari agar fungsi tubuh dapat mencapai tahap yang optimum. Namun, bagaimanakah cara kita mahu melengkapi keperluan tersebut sewaktu berpuasa?

Terdapat beberapa tips yang boleh dikongsikan bagaimana cara menyusun waktu minum air yang sesuai sewaktu bulan Ramadan.

1. Minum dua gelas air ketika sahur

Sewaktu bersahur, minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan cuba kurangkan minuman manis bagi mengelak daripada peningkatan berat badan sepanjang bulan puasa.

2. Minum sebotol air sebelum tidur

Waktu malam sahaja merupakan peluang yang sesuai untuk minum air, jadi digalakkan untuk bawa sebotol air ke dalam bilik dan minum apabila terjaga dari tidur.

3. Makan dengan kandungan air tinggi

Anda tidak semestinya perlu meminum air yang banyak ketika berbuka kerana air boleh diganti dengan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

4. Elak minum banyak ketika berbuka

Setelah seharian berpuasa, anda pasti memerlukan serapan air yang banyak. Tetapi anda tidak perlulah meminum air sehingga hilang selera makan. Minum lapar gelas air ketika berbuka bukanlah cara yang tepat untuk mendapatkan air yang mencukupi dalam badan dan hanya memudaratkan tubuh sahaja.

5. Berbuka dengan kurma dan dua gelas air

Memang sudah menjadi kebiasaan kepada kita untuk berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Sememangnya buah kurma mengandungi banyak khasiat seperti kandungan kadar glukosa semula jadi tinggi serta nutrisi lain yang juga tinggi. Malah, gizi yang yang terdapat di dalamnya mampu memulihkan kembali tenaga anda sepanjang berpuasa. Cairan yang hilang dalam tubuh dapat diganti semula dengan meminum air ketika berbuka.

6. Bawa bekal air

Sebaiknya bawalah bekal air disisi setiap kali anda keluar rumah atau tarawih. Walaupun hanya sebotol air anda dapat menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Penulis:

  • Nurfatihah Binti Mohamad Raya¬†adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan air kosong, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca