Untuk Beli Bekalan Dadah, Pasangan Suami Isteri Ini Tergamak Jual Anak Baru Lahir

Pasangan suami isteri telah didakwa oleh penguatkuasa di China selepas menjual bayi mereka yang baru lahir secara dalam talian sebanyak 60,000 yuan (RM 36,000) hanya untuk memuaskan ketagihan mereka terhadap dadah.

Pasangan suami isteri ini telah membuat perjanjian dengan pasangan lain yang tidak dapat melahirkan anak sejak Oktober tahun lepas melalui platform dalam talian.

Pasangan ini dalam pantauan polis sejak beberapa bulan kerana sejarah penyalahgunaan dadah dan telah ditangkap di sebuah hotel dengan wang tunai berserta dadah yang dipercayai baru dibeli selepas menerima bayaran.

Menurut laporan, pasangan tersebut merupakan penagih tegar dan memiliki hutang yang banyak. Mereka pernah dipenjarakan sebelum ini kerana pelbagai jenayah yang dilakukan termasuk menyediakan markas menagih dadah, rompakan dan juga perdagangan anak.

Namun telah dilepaskan atas sebab-sebab tertentu dan hukuman dijalani di luar penjara.

Menurut polis, pekerja di hospital melihat si suami meninggalkan hospital bersama bayinya dalam keadaan yang tergesa-gesa. Pelik dengan perbuatannya, petugas hospital telah menghubungi polis dan berjaya mengesan suami bersama pasangan yang membeli bayi mereka.

Pasangan itu ditangkap keesokan hari dan mereka mengakui telah membeli sebilangan besar dadah dan dua telefon bimbit baru menggunakan keuntungan daripada menjual bayi mereka.

Si suami dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun manakala isterinya selama enam tahun. Namun, menurut mahkamah daerah Shizhong Neijang, si isteri mungkin dipenjara selama 13 tahun kerana hukuman penjara jenayah sebelum ini belum selesai.

Untuk baca lebih banyak artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca