Unsur Mistik Punca Kerusi Nombor 13 Tidak Ada Dalam Pesawat?

Tahukah anda bahawa beberapa pesawat tidak mempunyai kerusi bernombor 13 dan 17?

Memetik laporan mStar, semua pesawat di Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo tidak mempunyai kerusi bernombor 13.

Perkara ini turut disahkan oleh Zarul Umbrella di laman Instagram miliknya.

Bekas pramugara Malaysia Airlines itu berkata bahawa nombor 13 itu dikaitkan dengan unsur mistik dan perkara yang tidak baik.

Memetik laporan The Sun, Air France, Iberia dan Ryanair adalah antara beberapa pesawat luar negara yang tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13.

Menurut seorang jurucakap Ryanair, ketiadaan tempat duduk itu adalah disebabkan tradisi pembuatan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Lufthansa pula tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13 dan 17 kerana nombor 13 itu dianggap tidak bernasib baik dalam sesetengah budaya.

Jelasnya, “Itulah sebabnya tiada kerusi nombor 13 dalam pesawat kerana kami menghormati kepercayaan karut. Dengan cara itu, tiada siapa yang menganggap angka 13 adalah malang perlu duduk di barisan itu.”

Dalam pada itu, nombor 17 pula dianggap tidak bertuah kerana sekiranya dilihat melalui angka Roman, ia adalah XVII.

Namun, anagram XVII itu sebenarnya membawa maksud hidup saya sudah berakhir dalam bahasa Latin.

Sebagai rekod, barisan ke-13 adalah tempat duduk terbaik kerana ia terletak berdekatan dengan pintu kecemasan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kepercayaan dalam pelbagai budaya, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca