Unit K9 Sertai Misi Menyelamat Ke Turkiye

Sebanyak dua ekor anjing terlatih dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dihantar ke Turkiye bagi membantu misi menyelamat mangsa gempa bumi malam tadi.

Penggunaan Unit Anjing Pengesan (K9) dijangka dapat membantu operasi menyelamat mangsa gempa bumi oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye menjadi lebih berkesan.

Menurut Komander Pasukan Smart merangkap Penguasa Kanan Bomba, Mohd. Khairul Jamil berkata secara keseluruhannya sebanyak empat ekor anjing kemungkinan akan terlibat dalam misi menyelamat di negara tersebut selain membawa peralatan.

Kesemua anjing tersebut mempunyai rekod yang cemerlang sewaktu misi menyelamat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, pada 16 Disember tahun lalu.

Seramai enam anggota dan pegawai dilaporkan bakal bertugas dalam mengendalikan haiwan-haiwan tersebut.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan bencana gempa berukuran 7.8 skala magnitud yang melanda barat bandar raya Gaziantep berdekatan sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia) menjadikan ianya gegaran kedua tertinggi dalam sejarah Turkiye pada tahun 1939 dengan ukuran 7.9 skala Magnitud yang turut mengakibatkan ancaman tsunami kecil di perairan negara jiran, Cyprus.

Bagi membantu mangsa yang tertimbus dalam runtuhan Malaysia telah menghantar seramai 70 anggota ke negara tersebut.

70 anggota SMART yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM). – Astro Awani

Pasukan penyelamat dikatakan akan berdepan dengan beberapa cabaran besar ekoran cuaca buruk di kawasan bencana tersebut.

Bagaimanapun 70 anggota SMART yang sudah mula tugasan dalam keadaan yang baik dan mempunyai semangat yang cukup tinggi.

Buat masa ini, tugas misi menyelamat ini ditetapkan selama 14 hari, bagaimanapun ia bergantung kepada situasi semasa di lokasi kejadian.

Anggota pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan masih bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa daripada runtuhan gempa bumi yang kini sudah mengorbankan lebih 11,200 orang di Turkiye dan Syria.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca