Unik Dan Jarang Ditemui, Ini 5 Ikan Paling Cantik Di Dunia

Ikan merupakan antara makhluk yang paling cantik di dunia. Namun, disebabkan tinggal di laut yang sangat dalam, banyak spesis ikan tidak diketahui. Pusat akuarium menjadi tempat untuk melihat spesis ikan yang cantik dan jarang ditemui.

Berikut kami kongsikan lima ikan paling cantik di dunia:

1. Mandarin

Ikan Mandarin adalah ikan paling cantik di dunia. Ikan ini mempunyai gabungan warna hijau dan warna biru dengan jalur jingga. Ikan ini merupakan antara ikan akuarium yang aktif dan tenang yang biasanya melakukan pergerakan pantas di dalam air.

2. Betta

Ikan Betta ini biasanya lebih dikenali sebagai ikan laga. Nama ini mencerminkan kekuatan ikan ini untuk bertempur dengan ikan yang lain. Selain itu, ikan ini juga dipertandingkan berdasarkan warna yang unik dan ekornya yang panjang.

3. Emperor Angel

Ikan ini seolah-olah bercahaya disebabkan campuran warna biru gelap, putih dan biru elektrik yang sangat menarik perhatian. Warna ini tersusun dengan kemas dalam corak bulat yang kekal dan tidak berubah sehingga ia mencapai kematangan.

4. Rainbow Parrot

Nama ikan ini mempunyai perkataan pelangi kerana terdapat pelbagai warna. Ikan ini adalah spesis ikan yang besar jika dibandingkan dengan ikan lain dalam senarai ini. Ia boleh mencapai berat 9 kilogram dan hidup sehingga tempoh 16 tahun.

5. Blueface Angel

Ikan ini mempunyai warna pada muka yang sangat luar biasa. Ia terdiri daripada enam jalur putih berselang seli pada badan dengan garis luar berwarna biru. Ikan ini biasanya tinggal di kawasan terumbu karang dan tidak termasuk dalam senarai spesis terancam.

Warna ikan-ikan ini sangat unik dan jarang dijumpai. Terdapat banyak lagi spesis ikan yang sangat jarang ditemui kerana tinggal di laut dalam.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca