Sebelum ini, kami ada kongsikan mengenai sebuah pasar jodoh iaitu pasar yang menjual gadis yang masih dara untuk dijadikan isteri.
Kali ini kami kongsikan pula tentang sebuah pasar aneh yang dipanggil pasar bisu di Indonesia. Pasar bisu ini terletak di Desa Cubadak, Sumatera Barat.
Pasar ini dibuka setiap hari Selasa. Barang yang dijual di pasar tersebut adalah haiwan ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.
Lazimnya pasar adalah tempat yang ramai orang dan hingar-bingar dengan suara jeritan daripada peniaga yang memanggil pelanggan berkujung ke kedainya ataupun suara dari sesi tawar-menawar oleh pembeli. Tetapi keadaan itu tidak berlaku di pasar bisu ini.
Di pasar bisu ini, proses transaksi dilakukan dengan cara merosok atau maksud lain ialah meraba. Tanpa mengucapkan sepatah kata pun, pembeli dan penjual di sini akan berjabat tangan dalam waktu yang lama sampai akhirnya mengucap kata sepakat melalui bahasa isyarat.
Tangan juga ditutupi dengan benda lain seperti kain, sarung, baju, topi atau sebagainya. Tujuannya untuk merahasiakan harga ternakan yang dibeli agar tidak diketahui oleh orang lain. Harga yang ditawarkan hanya boleh diketahui oleh penjual dan pembelinya saja.
Tradisi unik ini sudah dilakukan sejak zaman kerajaan Minangkabau. Selain itu, cara membeli daging di sini juga unik. Mereka tidak memakai timbang. Penjual meletakkan harga daging berdasarkan pemerhatian sendiri terhadap haiwan ternakan itu, jika sesuai maka transaksi jual beli terus dilakukan.