Di Kelantan, undang-undang berpoligami paling mudah berbanding negeri lain dan tidak perlu pergi ke Thailand untuk mereka yang mahu berpoligami.
Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemi Mat Yusof, berkata mereka yang mahu berpoligami hanya perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi.

Namun begitu, mahkamah akan mempertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum berpoligami.
Perkara pertama ialah perkahwinan yang dicadangkan itu dalam keadaan ‘patut’ atau ‘perlu’.
Dalam aspek ‘perlu’, mahkamah akan mempersoalkan mengapa perlu kahwin? Kerana isteri mandul? Atau dia uzur dan tidak layak untuk disetubuhi?
Manakala aspek ‘patut’ pula sebagai contoh seorang lelaki itu mempunyai harta yang banyak, maka patut tambah isteri seorang lagi.

Perkara kedua ialah mampu atau tidak seorang lelaki itu menyara isteri dan anak-anak, selain mampu berlaku adil atau sebaliknya.
Perkara ketiga pula perkahwinan kedua itu tidak mendatangkan kemudaratan melibatkan nyawa seperti isteri pertama mahu bunuh diri disebabkan suami berkahwin lain.
Golongan yang perlu hadir ke mahkamah iaitu bakal pengantin lelaki, bakal isteri kedua, wali isteri kedua, isteri pertama serta dua orang saksi.

Kehadiran isteri pertama di mahkamah sekadar mahu memaklumkan perkara itu. Sekiranya isteri tidak dapat hadir disebabkan keuzuran bersama bukti laporan kesihatan, mahkamah menggugurkan isteri daripada dipanggil.
Kemudahan berpoligami di Kelantan bukan untuk menggalakkan lelaki berpoligami tetapi sebaliknya untuk mengelakkan mereka mengambil jalan mudah berkhawin di Thailand yang ketidakpastian sah atau sebaliknya.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda baca klik pautan di bawah: