Undang-Undang Baru Australia Memberi Kesedaran Kepada Syarikat Media Sosial

Mengikut undang-undang baru dicadangkan Australia pada hari Khamis lalu, syarikat media sosial boleh dikenakan denda sebanyak 10% daripada hasil perolehan mereka dan penjara selama 3 tahun sekiranya ia gagal memadamkan sebarang bahan berunsurkan kegaganasan dan kekerasan.

Undang-undang ini dicadangkan berikutan daripada serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu. Brenton Tarrant menyiarkan serangannya menerusi laman Facebook miliknya secara langsung dan video itu telah dikongsi oleh ramai orang lebih kurang sejam sebelum dibuang.

Sumber: asia.nikkei.com

Menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, masa yang diambil terlalu lama dan tidak munasabah. Kini ia menjadi kesalahan bagi syarikat media sosial seperti Gooogle, Facebook dan YouTube untuk tidak membuang mana-mana video atau gambar yang menunjukkan pembunuhan, penyeksaan dan rogol dengan segera.

“Ini adalah penting untuk kita membuat kenyataan yang jelas kepada syarikat media sosial dan mengharapkan perkara sebegini tidak akan berulang.” kata Mitch Field, Menteri Komunikasi dan Seni kepada pemberita di Canberra.

Parti pembangkang Australia turut menyokong undang-undang ini dan kerajaan Australia akan membentangkan draf undang-undang di Parlimen sebelum pilihan raya bersekutu berlangsung.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca